Make your own free website on Tripod.com
  
 Halaman Utama
 Akademik
 Ko-kurikulum
 Pusat Kemudahan
 Lingkaran
 Sertai

Identiti Pelajar :
Katalaluan :



Dapatkan Windows Media Player Di Sini

Info Am

Organisasi

Warga SMASKP

Panorama

   
    Mesin Carian:   
   

 

 
  KO-KURIKULUM
   

Kegiatan Ko-kurikulum SMASKP merangkumiK 

          PERSATUAN

GURU PEMBIMBING

  1. Redaksi

Katijah Bt. Abu Samah.

  1. Botani

Hafsa Bt. Mohamed Makki.

  1. Kesenian Islam

Suhayati Bt. Idris.

  1. Sukan dan Rekreasi

Siti Norhaini Bt. Mohd. Jelani.

  1. Charisma

Suhaila Bt. Che Kamarudin.

  1. Usahawan Muda

Norherdawati Bt. Ngah.

  1. Muhajirin

Mohd Zaid B. Mohd Zain.

  1. Teknologi Maklumat

Baharuddin B. Mohd Ali.

  1. Rekacipta

Mohd Afenddy B. Abdullah.

  1. Eksplorasi Alam

Wan Mohd Sidqi B. Wan Abd Ghafar

 

LAPORAN AKTIVITI KOKURIKULUM.

REDAKSI

Tujuan Kelab Redaksi ditubuhkan adalah untuk memberi maklumat kepada warga SMASKP sesuai dengan temanya ‘Informasi Menjana Minda’. Kelab ini telah mengadakan pertandingan bulanan antaranya pertandingan ‘Penulisan Cerpen’ dan ‘Melukis Poster’. Insya-Allah pada tahun hadapan kami akan menjalankan projek terbesar kami iaitu menghasilkan Majalah Sekolah bagi tahun 2002.

BOTANI

Berbudi pada tanah merupakan motto bagi kelab ini. Projek terbesar kelab ini ialah menanam pokok . Kawasan yang telah dipilih ialah di bahagian tepi bangunan sekolah  di antara 2 rumah api. Buat masa ini mereka menjaga tanaman pokok jagung yang baru disemai oleh mereka.

KESENIAN ISLAM

Projek terbesar kelab ini ialah ‘mural bangunan’. Lokasi yang diperuntukkan  kepada mereka ialah dinding kantin sekolah. Mural ini telah disiapkan dengan jayanya  walaupun  menghadapi beberapa kesulitan pada awalnya.

SUKAN DAN REKREASI

Demi mencantikkan kawasan sekolah, mereka mengambil kata sepakat, mengadakan landskap sekolah. Kawasan yang telah dipilih untuk merealisasikan hasrat mereka ialah di bahagian hadapan kantin sekolah. Segala perancangan mereka berjalan lancar dan pokok-pokok  yang  ditanam dalam proses pembesaran.

CHARISMA

Kelab ini merancang untuk menghasilkan ‘mural’ lorong  tingkat bawah    bangunan utama yang ingin  dilukis   bercirikan abstrak yang dalam proses  penghasilan.

USAHAWAN         

Ditubuhkan  dengan nama ‘Young Entrepreneur Club’ (Y.E.C). Hasil pembukaan kelab ini, satu bilik dikhaskan untuk mereka beroperasi menjual barangan keperluan pelajar.  Bilik  yang diperuntukkan  kepada  mereka  bertempat di  tingkat 1 bangunan ke-2 bertentangan dengan bilik guru lelaki. Mereka juga telah memilih tapak untuk menanam ‘pokok rossel’. Anak-anak pokok rossel kini sedang disemai.

MUHAJIRIN

Penubuhan kelab ini bertujuan melahirkan pelajar yang berpengetahuan luas dalam bidang dakwah Islamiah serta cemerlang dari segi akademik dan kokurikulum. Buat masa ini lokasi perjumpaan hanya di kelas Abu Bakar. Namun begitu minat daripada kalangan ahli sangat menggalakkan. Di  samping itu, ia memerlukan sokongan daripada pelajar lain bagi menjayakan matlamat murni kelab ini.

TEKNOLOGI MAKLUMAT

Tujuan kelab ini ditubuhkan adalah untuk melahirkan pelajar yang berinovatif, profesional, bermotivasi dan celik IT. Dalam menunjukkan hasil kerja  kelab mereka, dua buletin telah dihasilkan. Kelab ini juga telah membuka laman web untuk SMASKP. Mereka juga dalam perancangan menyiapkan taman Teknomat.

EKSPLORASI ALAM

Bertempat di hadapan pejabat Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah, kelab ini telah membina sebuah kolam ikan. Idea ini datang daripada guru pembimbing mereka dan telah dipersetujui oleh ahli-ahli yang lain. Pihak pengetua telah meluluskan projek mereka dan kolam tersebut dalam proses pembinaan.

REKACIPTA

Kelab ini ditubuhkan untuk memupuk daya merekacipta sesuatu bahan baru atau sesuatu  objek  yang  dapat  dimanfaatkan  bagi   memudahkan  kehidupan     manusia. Kelab ini juga melahirkan individu yang berfikiran jauh, lebih matang dan memiliki daya juang yang tinggi manakala objektif kelab ini ialah melahirkan pelajar yang tahan lasak dan memiliki daya kreativiti yang tinggi. Di antara projek yang dihasilkan oleh mereka ialah menternak arnab dan arnab mereka setakat ini berkembang dengan baiknya.  

 

 
 

Laman web SMASKP ONLINE dikemaskini dan diselenggarakan oleh Kelab Teknologi Maklumat (TEKNOMAT) SMASKP 2001. Sebarang cadangan, pertanyaan sila e-melkan kepada teknomat@smaskp.i-p.com