LAPORAN AKTIVITI KOKURIKULUM.
REDAKSI
Tujuan Kelab
Redaksi ditubuhkan adalah untuk memberi maklumat
kepada warga SMASKP sesuai dengan temanya
‘Informasi Menjana Minda’. Kelab ini telah
mengadakan pertandingan bulanan antaranya
pertandingan ‘Penulisan Cerpen’ dan ‘Melukis
Poster’. Insya-Allah pada tahun hadapan kami akan
menjalankan projek terbesar kami iaitu
menghasilkan Majalah Sekolah bagi tahun 2002.
BOTANI
Berbudi pada
tanah merupakan motto bagi kelab ini. Projek
terbesar kelab ini ialah menanam pokok . Kawasan
yang telah dipilih ialah di bahagian tepi bangunan
sekolah di antara 2 rumah api. Buat masa ini
mereka menjaga tanaman pokok jagung yang baru
disemai oleh mereka.
KESENIAN ISLAM
Projek
terbesar kelab ini ialah ‘mural bangunan’. Lokasi
yang diperuntukkan kepada mereka ialah dinding
kantin sekolah. Mural ini telah disiapkan dengan
jayanya walaupun menghadapi beberapa kesulitan
pada awalnya.
SUKAN
DAN REKREASI
Demi
mencantikkan kawasan sekolah, mereka mengambil
kata sepakat, mengadakan landskap sekolah. Kawasan
yang telah dipilih untuk merealisasikan hasrat
mereka ialah di bahagian hadapan kantin sekolah.
Segala perancangan mereka berjalan lancar dan
pokok-pokok yang ditanam dalam proses
pembesaran.
CHARISMA
Kelab ini
merancang untuk menghasilkan ‘mural’ lorong
tingkat bawah bangunan utama yang ingin
dilukis bercirikan abstrak yang dalam proses
penghasilan.
USAHAWAN
Ditubuhkan
dengan nama ‘Young Entrepreneur Club’ (Y.E.C).
Hasil pembukaan kelab ini, satu bilik dikhaskan
untuk mereka beroperasi menjual barangan keperluan
pelajar. Bilik yang diperuntukkan kepada
mereka bertempat di tingkat 1 bangunan ke-2
bertentangan dengan bilik guru lelaki. Mereka juga
telah memilih tapak untuk menanam ‘pokok rossel’.
Anak-anak pokok rossel kini sedang disemai.
MUHAJIRIN
Penubuhan
kelab ini bertujuan melahirkan pelajar yang
berpengetahuan luas dalam bidang dakwah Islamiah
serta cemerlang dari segi akademik dan
kokurikulum. Buat masa ini lokasi perjumpaan hanya
di kelas Abu Bakar. Namun begitu minat daripada
kalangan ahli sangat menggalakkan. Di samping
itu, ia memerlukan sokongan daripada pelajar lain
bagi menjayakan matlamat murni kelab ini.
TEKNOLOGI MAKLUMAT
Tujuan kelab
ini ditubuhkan adalah untuk melahirkan pelajar
yang berinovatif, profesional, bermotivasi dan
celik IT. Dalam menunjukkan hasil kerja kelab
mereka, dua buletin telah dihasilkan. Kelab ini
juga telah membuka laman web untuk SMASKP. Mereka
juga dalam perancangan menyiapkan taman Teknomat.
EKSPLORASI ALAM
Bertempat di
hadapan pejabat Sekolah Menengah Agama Sains Kuala
Pilah, kelab ini telah membina sebuah kolam ikan.
Idea ini datang daripada guru pembimbing mereka
dan telah dipersetujui oleh ahli-ahli yang lain.
Pihak pengetua telah meluluskan projek mereka dan
kolam tersebut dalam proses pembinaan.
REKACIPTA
Kelab ini
ditubuhkan untuk memupuk daya merekacipta sesuatu
bahan baru atau sesuatu objek yang dapat
dimanfaatkan bagi memudahkan kehidupan
manusia. Kelab ini juga melahirkan individu yang
berfikiran jauh, lebih matang dan memiliki daya
juang yang tinggi manakala objektif kelab ini
ialah melahirkan pelajar yang tahan lasak dan
memiliki daya kreativiti yang tinggi. Di antara
projek yang dihasilkan oleh mereka ialah menternak
arnab dan arnab mereka setakat ini berkembang
dengan baiknya. |